Android 12 Akan Mempunyai Ciri Trash – Menyimpan Sementara Kandungan Yang Dipadam

TechnologyDigital
19 Apr 2021 • 9:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudah beberapa kali berlaku kami secara tidak sengaja terpadam gambar yang disimpan pada peranti ketika proses memadam gambar-gambar yang diterima menerusi WhatsApp. Yang ingin dipadam ialah gambar “Assalamualaikum Selamat Pagi” yang dihantar Abang Jamil tetapi yang terpadam ialah gambar anak yang dihantar oleh pihak sekolah. Sekali terpadam hilang selamanya pada telefon.

image is not available

Di Android 12 kelak kemalangan seperti ini akan dapat diselesaikan dengan ciri Trash. Ciri ini ditemukan oleh XDA Developer pada Android 12 Developer Preview yang terkini. Kesemua data yang dipadam akan dimasukkan ke dalam Trash sebelum dipadam selama-lamanya selepas tempoh 30 hari. Ciri Android 12 ini menyamai ciri Reclye Bin yang menjadi standard pada sistem operasi desktop Windows sejak berzaman.

Maklumat lebih lanjut mengenai pembaharuan yang akan diperkenalkan pada Android 12 akan dikongsi di acara Google I/O pada 18 Mei hadapan. Sebagai insan yang kerap terpadam gambar secara tidak sengaja, ini memang ciri yang kami nantikan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved