Sebelum ini, Amanz ada melaporkan berita mengenai Honor akan melancarkan peranti baharu pada Mei hadapan. Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan berapa bilangan model peranti yang bakal dilancarkan oleh Honor.
Terdapat desas-desus mengatakan kita mungkin melihat peranti beberapa peranti melaluinya. Ini termasuklah – Honor 50 dan Honor 50 Pro. Maklumat ini dikongsi oleh peniris maklumat @RODENT950 menerusi ciapan di Twitter miliknya.
Honor 50 in May with D1200
Honor 50 Pro in July with SD pic.twitter.com/dLottwxCqJ
Ciapan tersebut mendedahkan Honor 50 dikhabarkan hadir dengan sokongan Cip MediaTek Dimensity 1200. Sementara itu, Honor 50 Pro pula akan menggunakan cip daripada Snapdragon. Ia bagaimanapun, tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai cip Snapdragon berkenaan. Tambahnya lagi, Honor 50 Pro tidak akan tiba seiring dengan Honor 50. Sebaliknya, ia bakal menyusul pada bulan Julai kelak.
Namun begitu, pihak Honor masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan ini. Jadi, lebih baik sekiranya kita menganggap maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura. Sehingga kini juga, masih belum ada sebarang perkhabaran untuk pelancaran global.
