iPhone 11 Pro Dengan Logo Senget Dijual Pada Harga RM11,000

TechnologyDigital
12 Apr 2021 • 11:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apabila membeli peranti, ramai yang akan membukanya di kedai untuk memastikan tiada cela pada tubuh dan operasi. Secara lazimnya jika kecacatan ditemui, peranti ganti akan diminta. Tetapi sebuah iPhone 11 Pro yang mempunyai kecacatan cetakan telah berjaya dijual pada harga yang lebih tinggi dari yang tiada cela.

image is not available

iPhone 11 Pro di atas mempunyai kesilapan pada logo Apple yang dicetak sendeng pada panel belakang. Sungguhpun begitu ia masih berjaya dijual pada harga $2700 (~RM11,173) kerana kesilapan ini dipercayai berlaku sekali dalam 100 juta.

Mungkin ada yang mengatakan ianya membazir tetapi produk unik dari Apple kerap kali dilelong pada harga yang tinggi terutamanya yang menerima sentuhan dari mendiang Steve Jobs.