Pra-tempahan Siri Televisyen Pintar Huawei Vision S Dibuka Malam Ini Pada Harga Permulaan RM2999

TechnologyDigital
27 Apr 2021 • 8:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa Huawei akan membawa masuk siri televisyen pintar terbaru mereka, Huawei Vision S untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

image is not available

Bercakap sedikit mengenai televisyen pintar ini, Huawei Malaysia membawa masuk dua model dengan saiz panel yang berbeza, iaitu 55 inci dan juga 65 inci. Dari segi spesifikasi, kedua-dua televisyen ini menggunakan skrin LCD dengan resolusi 3840 x 2160 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Selain daripada memaparkan kandungan peranti, ia juga boleh digunakan untuk panggilan video menerusi sebuah kamera web 1080P.

image is not available

Ia dikuasakan cip pemprosesan HongHu 818 dengan padanan memori 3GB dan 32GB storan dalaman. Ia turut menjalankan sistem operasi Harmony OS, selain dilengkapi sokongan Bluetooth 5.1, empat 10W pembesar suara terbina dengan sokongan sistem audio Huawei Histen.

Siri televisyen ini juga merumahkan fungsi pengawalan dan pemantauan peranti dan perkakasan pintar Huawei yang lain apabila mereka diperkenalkan di masa akan datang.

image is not available

Pra-tempahan untuk siri televisyen Huawei Vision S ini telahpun dibuka malam ini melalui kedai atas talian Huawei Malaysia, dimana ia hadir dengan tanda harga dan tarikh jualan rasmi berikut:

  • Huawei Vision S 65” – RM3999 (3 Mei 2021)
  • Huawei Vision S 55” – RM2999 (13 Mei 2021)