Covid-19: 1,139 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi

7 Apr 2021 • 6:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Malaysia mencatatkan 1,139 kes baharu Covid-19 hari ini dengan empat kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi hantaran di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, 1,126 membabitkan penularan tempatan manakala 13 lagi adalah kes import.

Beliau juga berkata kes sembuh pula sebanyak 1,199 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 339,067.

Pada masa ini, terdapat 194 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 86 memerlukan bantuan pernafasan, katanya.

Dr Noor Hisham berkata tiga negeri mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu Sarawak dengan 332 kes, diikuti Selangor (294) dan Johor (102).

– BERNAMA

The post Covid-19: 1,139 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi appeared first on Selangorkini.