Sony Dan Google Sedang Berbincang Untuk Sokongan “360 Reality Audio” Secara Natif Dalam Android

TechnologyDigital
13 Apr 2021 • 4:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

360 Reality Audio adalah codec audio 3D berasaskab MPEG-H 3D khusus daripada Sony. Ia hadir terbina dalam peranti-peranti Android Sony, aksesori audio seperti set fon kepala XM3/XM4, TWS, atau juga pembesar suara Sony SRS-RA5000. Melalui codec ini, pengalaman pendengaran muzik adalah lebih imersif dan menyeluruh seakan seseorang berada dalam sejenis sfera.

image is not available

Amazon Music HD, Nugs.net, dan Tidal pula adalah platform penstriman yang disenaraikan oleh Sony untuk sokongan ini. Kelak, sistem ini mungkin akan terbuka untuk semua orang kerana Sony dan Google dilihat sedang bekerjasama untuk mengintegrasikan 360 Reality Audio di dalam kod binaan Android.

image is not available

Ini bermakna sistem operasi Android versi baru (mungkin 12, mungkin 13) kelak akan mempunyai sokongan ini terus terbina. Walau bagaimanapun, sesebuah peranti itu mestilah mempunyai spesifikasi yang mencapai piawaian Sony dan aplikasi muzik atau kandungan itu sendiri perlu menyokong codec ini.

Wakil Sony dilihat sedang berbincang di laman AOSP untuk menyertakan sokongan ini terus ke dalam komponen MPEG4Extractor. Melaluinya sokongan audio spatial seakan AirPods Max atau AirPods Pro boleh dinikmati dengan lebih mudah.

View Original Article