Spotify Melancarkan Car Thing – Peranti Penstriman Audio Dalam Kereta

TechnologyDigital
13 Apr 2021 • 10:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas lebih setahu diacah, Spotify Car Thing akhirnya dilancarkan sebagai perkakasan fizikal pertama dari mereka untuk kegunaan di dalam kereta. Ia sebuah pemain muzik yang pada waktu akan hanya dilancarkan dalam jumlah yang terhad untuk pasaran Amerika Syarikat.

image is not available

Car Thing ialah alat penstriman muzik yang boleh diselitkan pada lubang penyaman udara kenderaan. Terdapat skrin sesentuh yang mempamerkan muzik yang didengari dan sebuah tombol kawalan yang besar. Terdapat juga butang pratetapan yang boleh diprogram untuk pergi ke senarai main kegemaran pengguna. Kerana memandu sambil mengawal sistem audio adalah berbahaya, Car Thing turut boleh dikawal dengan memberi arahan suara “Hey Spotify”

image is not available

Dengan kata lain ia seakan sebuah radio dalam kereta dengan senarai main menggantikan radio. Oleh itu ia memerlukan pengguna mempunyai data Internet dan sistem audio kenderaan yang menyokong tambatan bluetooth.

Malang sekali untuk memiliki Car Thing pelanggan Spotify Premium perlu menerima jemputan terlebih dahulu dan kemudian diberikan percuma sebelum kemudiannya dijual pada harga $79.90 (~RM330) sebuah.