Catat Rekod Baru, Jejak Rasul Episod Keenam Raih 2.2 Juta Tontonan

Entertainment
26 Apr 2021 • 12:21 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Siri dokumentasi Islamik, Jejak Rasul adalah rancangan yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia beragama Islam pada bulan Ramadan. Hasil sinematografi hebat yang ditonjolkan dalam setiap episod siri kegemaran ramai ini merupakan satu daripada aspek penontonnya tidak pernah jemu untuk menanti.

Pada minggu lalu, siri Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul episod keenam edisi ke-27 itu berjaya mencatat rekod baru dengan meraih 2.2 juta jumlah tontonan, berdasarkan maklumat Nielsen Malaysia.

image is not available
Foto: Budiey

Kejayaan hasil komitmen tinggi kumpulan produksi

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata bahawa kejayaan memberangsangkan itu adalah hasil komitmen tinggi oleh kumpulan produksi.

image is not available
Foto: NST

“Alhamdulillah, Jejak Rasul edisi 2021 mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sejak minggu pertama yang merekodkan 1.2 juta penonton bagi episod ketiga.

“Terkini, episod keenam mencatatkan 2.2 juta penonton. Walaupun tidak dapat menjalankan penggambaran di Makkah dan Palestin seperti dirancang, saya kagum dengan komitmen dan dedikasi produksi.”

Menampilkan Ahmad Fedtri Yahya sebagai perantara, Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul membawa kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah.

image is not available
Foto: IG Ahmad Fedtri Yahya

Menurut Khairul Anuar, walaupun terpaksa berdepan dengan kekangan merentas sempadan antarabangsa untuk menghasilkan siri Jejak Rasul pada tahun ini, penonton masih boleh menyaksikan naratif dan fotografi yang cantik ketika menjejak peninggalan sejarah Islam di Malaysia.

Episod keenam yang disiarkan pada 18 April lalu mencari jawapan kebenaran tentang sebuah wilayah Islam yang wujud di Melaka sebelum kehadiran Parameswara.

Episod itu turut meneroka apakah benar Kesultanan Melaka terbentuk hasil dakwah alim ulama asing.

Dokumentari 15 episod Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul tajaan Pharmaniaga Baraka dan Jabatan Muzium Malaysia ini boleh ditonton pada setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.30 petang di TV3.

Manakala siaran ulangan boleh ditonton di TV9 pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 10.30 malam.