iMessage Dilaporkan Akan Dikemaskini Untuk Bersaing Dengan WhatsApp

TechnologyDigital
23 Apr 2021 • 9:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iMessage ialah platform pemesejan utama pengguna peranti keluaran Apple. Ia boleh digunakan pada iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch dengan kesemua mesej diselaraskan dengan mudah. Menurut laporan Bloomberg semalam, Apple sedang dalam perancangan untuk mengemaskini iMessage supaya boleh bersaing dengan WhatsApp.

image is not available

Tidak diketahui apakah sebenarnya akan dilakukan tetapi besar kemungkinan membenarkan pengguna ekosistem Apple untuk menghasilkan kumpulan dan kemudian melakukan perkongsian yang disulitkan. Kelebihan yang ditawarkan ialah tiada isu data kemudiannya dikongsi dengan Facebook. Hasrat WhatsApp ingin berkongsi data dengan Facebook tular di media sosial yang lalu kerana sejarah buruk Facebook menjaga privasi pengguna.

Ia menyebabkan aplikasi alternatif seperti Signal dan Telegram mencanak naik muat turunnya di stor aplikasi Android dan iOS. Perancangan Apple ini sekiranya benar pastinya akan menimbulkan kemarahan dari pesaing yang melihat Apple mula membina tembok yang menghalang persaingan dari berlaku.

Dalam kes mahkamah antara Epic Games dan Apple, iMessage dijadikan bukti ketamakan Apple dengan eksekutif tertinggi mengaku menawarkan aplikasi ini ke Android hanya akan merugikan syarikat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved