“Eh Lain Macam?” – Jubah ‘Oversized’, Keluaran Butik Tempatan Tarik Perhatian Netizen

LocalWomen's Fashion
2 Apr 2021 • 8:45 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Pada setiap tahun, butik pakaian kebiasaannya akan berlumba-lumba untuk mengeluarkan pelbagai jenis baju yang boleh diperagakan untuk Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidiladha.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter tentang jubah yang dikeluarkan oleh sebuah butik tempatan. 

image is not available
Foto: Twitter Kupishh

Menariknya, jubah tersebut memang lain dari yang lain!

Jubah yang dimaksudkan adalah Jubah Wira keluaran Behati.

image is not available
Foto: Behati

Jenama tersebut diasaskan oleh Kel Wen, seorang pereka fesyen yang berkelulusan dari Raffles College Kuala Lumpur.

Bukan Benda Baru

Jubah bersaiz besar itu bukanlah sesuatu yang baru bagi Behati. Sekitar tahun 2019, ‘Oversized Baju Melayu’ telah menjadi viral di internet sekaligus menjadikannya ‘signature look’ untuk jenama tersebut.

image is not available
Foto: Behati

Menarik kan? Bolehlah kita beri sedikit kelainan untuk Hari Raya Aidilfiltiri tahun ini dengan memakai baju keluaran Behati!

Buat anda yang berminat dengan jubah ini, dapatkan segera di website behati.my dengan harga RM299 sahaja.