2,733 kes baharu Covid-19, Selangor kekal tertinggi

27 Apr 2021 • 5:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 27 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini merekodkan 2,733 kes baharu Covid-19 turun sedikit berbanding 2,776 semalam menjadikan jumlah kumulatif 398,451 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter berkata Selangor kekal merekodkan kes tertinggi dengan 750 kes diikuti Kelantan (484), Sarawak (432), Kuala Lumpur (377), Johor (220) dan Pulau Pinang (115).

Sementara Terengganu (61), Kedah (51), Negeri Sembilan (39), Perak (38), Pahang (35), Melaka (33), Putrajaya (15), Perlis (1) manakala Labuan tiada kes.

image is not available

The post 2,733 kes baharu Covid-19, Selangor kekal tertinggi appeared first on Selangorkini.