Sejak semalam tular satu video iklan bertemakan hari raya aidilfitri oleh sebuah syarikat perjudian online yang mengajak orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut.
Menerusi video berdurasi 2 minit dan 1 saat itu, iklan berkenaan yang dilakonkan oleh empat individu turut diringi muzik bertemakan aidilfitri namun liriknya dilihat menggalakkan orang ramai untuk berjudi bagi mendapatkan ‘duit raya’.
Apa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya,” antara bait-bait lirik yang dikongsikan didalam video tersebut.
Lebih mengejutkan apabila beberapa pelakonnya dipercayai penganut agama islam dan tampil dengan imej bertudung, bersongkok dan berbaju kurung namun mempromosikan judi yang sememangnya diketahui haram di kalangan umat islam.

Difahamkan mula di muat naik di laman youtube syarikat tersebut, video tersebut kemudian mula tular dan sohor di Twitter dan laman aplikasi whatsapp sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan netizen khususnya umat islam.
Rata-rata dilihat tidak bersetuju dengan promosi tersebut yang disifatkan melampau batas dan boleh mengelirukan.
Casino Genting Highlands pun tak buat promo macam ni.
..
Lepas dah cuci semua on the way balik kampung nanti tiba-tiba ditimpa musibah (kereta breakdown etc.) kalau jadi begitu, tandanya tuhan masih lindungi tak mahu duit tu jadi darah daging. pic.twitter.com/O0TPApGGml
Tak campur lagi influencers bertudung promote judi https://t.co/pYcfchDmVd
Terdapat juga dikalangan mereka yang sudah membuat aduan kepada Youtube dan meminta agar video tersebut diturunkan.
Done Report Spam n Misleading.. https://t.co/7bDzHb0qNa
Hasil carian kami mendapati video utama di Youtube sudahpun diturunkan namun terdapat cubaan untuk memuatnaik satu lagi video sama namun ia kemudiannya telah di privatekan dari tatapan orang ramai.


