Berhati-Hati Dengan Perisian Hasad “WhatsApp Pink”

TechnologyDigital
22 Apr 2021 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi permesejan popular yang digunakan lebih 2 bilion pengguna seluruh dunia. Dengan popularitinya, ia sering menjadi sasaran para pengodam dalam menyerang pengguna dan mencuri data.

Terbaru, salah satu perisian hasad yang sedang tersebar melalui WhatsApp adalah WhatsApp Pink. Perisian hasad ini menjanjikan pengguna boleh mengubah tema warna aplikasi WhatsApp mereka kepada warna merah jambu.

Apa pun, ia membawa sebuah perisian hasad yang membolehkan ia mengambil-alih telefon anda dan menyebarkan pautan dan mesej kepada senarai rakan-rakan anda melalui aplikasi WhatsApp, Signal, Skype, Telegram dan Viber.

Balasan dan hantaran mesej ini dilakukan secara automatik sebaik sahaja pengguna memasang aplikasi WhatsApp Pink iini, dan semua mesej mengandungi pautan berbahaya yang menyebarkan perisian hasad ini.

Para pengguna dinasihatkan untuk tidak memasang WhatsApp Pink ini, dan membuangnya sekiranya telah memasang aplikasi berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved