Selangor bangun pusat pembangunan e-sukan terbesar di Asia Tenggara

30 Apr 2021 • 11:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 30 APRIL: Pusat pembangunan e-sukan terbesar di Asia Tenggara akan dibangunkan di negeri ini dengan kos lebih RM10 juta.

EXCO sukan berkata pusat yang dilengkapi akademi latihan, penginapan, studio dan tenaga pengajar dijangka boleh digunakan mulai tahun depan.

“Hari ini adalah program terpenting dalam sejarah Kerajaan Selangor kerana majlis menandatangani perjanjian ini matlamatnya menyokong usaha Kerajaan Negeri mewujudkan pusat pembangunan e-sukan.

“Pembangunan ini dijangka lebih RM10 juta hasil gabungan kewangan swasta dan Kerajaan Negeri,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian antara Serba Dinamik Group Berhad dan persatuan e-sukan di Hotel Mardhiyyah di sini.

Katanya, kemudahan itu akan menggunakan bekas Hotel Carlton di Seksyen 13 yang diubah suai dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.

“Tahun ini kita mempunyai peruntukan RM3 juta untuk kita turun ke daerah-daerah bagi pembangunan e-sukan dan pada tahun hadapan kita akan gunakan pusat ini,” katanya.

The post Selangor bangun pusat pembangunan e-sukan terbesar di Asia Tenggara appeared first on Selangorkini.