Dua syarikat telco gergasi, Celcom Axiata dan Digi.com sebentar tadi mengesahkan sedang dalam fasa terakhir untuk penggabungan menjadikan mereka sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Malaysia.
Mengunakan nama Celcom Digi Berhad penggabungan ini akan dibentuk dengan transaksi bermula pada suku kedua 2021 selepas proses due diligence.
In creating the leading Malaysian Telco, the merger of Celcom and Digi will support the Government’s digital transformation ambition and drive Malaysia’s transition into a high-income digital society.
Read more – https://t.co/vTjYNyQgtX #AdvancingAsia #ThisIsAxiata pic.twitter.com/uNXM7s2mC5
Menerusi kenyataan Telenor pula, pihak mereka dan Axiata masing-masing akan memegang 33.1% saham didalam Celcom Digi Berhad dengan Presiden Axiata, Dato’ Izzaddin Idris menjadi Pengerusi manakala Naib Presiden Eksekutif (EVP) Telenor, Jorgen C. Arentz Rostrup menjadi timbalan pengerusi.
Selain itu dalam kenyataan kedua-dua pihak, masing-masing bersetuju melantik Mohamad Idham Nawawi sebagai Ketua Pegawai Operasi (CEO) dan CEO Digi, Albern Murty sebagai Timbalan CEO.

Sebelum ini The Edge Market yang memetik sumber melaporkan penggabungan dua gergasi telekomunikasi ini hanya melibatkan operasi mereka di Malaysia dan bukan seperti rancangan awal iaitu penggabungan bagi operasi di seluruh rantau Asia.
“Penggabungan akan memberikan manfaat dari segi kewangan, walaupun pihak terlibat tidak akan memegang saham dalam entiti gabungan… Gabungan ini juga harus dinilai berdasarkan faedah kewangan” kata sumber memetik dari The Edge Market.
Difahamkan perdagangan saham kedua syarikat iaitu Axiata Group dan Digi.Com juga telah digantung buat sementara waktu bermula pagi ini.

