“Mari kita pulang ke rumah, jumpa kakak Aafiyah.” Tokti sudah keluar hospital

Entertainment
21 Apr 2021 • 3:47 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SELEPAS bersalin anak kedua, ratu pop negara, Datuk Siti Nurhaliza akhirnya discaj daripada hospital dan bakal pulang ke rumah.

Siti yang melalui rawatan intra-uterine fertilization (IVF) untuk hamil anak keduanya ini selamat melahirkan melalui pembedahan caesarean pada 19 April lalu.

image is not available

Kakak Afiyah menunggu di rumah

Menerusi hantaran itu, Siti menyatakan penghargaannya kepada para kakitangan hospital yang terlibat dengan proses kelahiran anak lelakinya itu.

“Anakanda, mari kita pulang ke rumah, jumpa kakak Aafiyah ya…. Terima kasih buat seluruh pengurusan, kakitangan, doktor, jururawat, petugas di @thomsonhospitalkd yang telah membantu dan memberi khidmat terbaik sepanjang saya berada di sini,” kata Siti.

Artikel berkaitan: Cukup Sepasang. Aafiyah Kini Kakak, Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua

image is not availableSiti dan bayi sihat

Siti turut memaklumkan dia dan puteranya itu berada dalam keadaan sihat. Siti turut mengharapkan untuk menikmati proses berpantang yang lancar.

“Hari ini saya sudah pulang ke rumah, saya dan bayi juga sihat. Semoga proses berpantang juga akan lancar. Terima kasih di atas kata-kata semangat, doa dan ucapan-ucapan tahniah yang saya dan suami terima sampai ke hari ini,” kata Siti.

Ucapan selamat berpantang dan kesyukuran membanjiri ruangan komen Instagram penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini. Ada juga yang tertunggu-tunggu reaksi Siti Aafiyah saat pertama kali bertemu adiknya itu.

image is not available“Assalamualaikum…alhamdulillah…tabarakallah…selamat menjalani tempoh berpantang adik Siti.Yang terindah itu daripada Allah jua.”-@rosidah.mustafa

“Wahh mesti kakak afiyah Tak sabar nak main dengan adik dia.”- @erry96

“Alhamdulillah.. congratulations & happy confinement.”-@umimkhalid

“Nak tgk reaksi aafiah jumpa adik..mesti excited sangat kan.”-@rozanaramlannn

Sinar Plus mengucapkan selamat berpantang buat Datuk Siti Nurhaliza. Semoga kesihatan diri dapat dipulihkan kembali. Tidak sabar untuk melihat Siti Aafiyah bersama-sama dengan adiknya.

Sumber: @ctdk

The post “Mari kita pulang ke rumah, jumpa kakak Aafiyah.” Tokti sudah keluar hospital appeared first on .