SHAH ALAM, 15 APRIL: Sebanyak 2,148 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara kini 367,977.
Ketua pengarah kesihatan berkata Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 512 diikuti Selangor (459), Sabah (202), Kelantan (221), Johor (182), Kuala Lumpur (171) dan Pulau Pinang (134).
“Terengganu merekodkan 57 kes, Melaka (53), Perak (51), Pahang (34), Putrajaya (lapan), Labuan (tiga) dan Perlis (satu),” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook.
BERITA LANJUT MENYUSUL
The post 2,148 kes baharu Covid-19, Sarawak tertinggi appeared first on Selangorkini.

