Mac Mini Dengan Cip Apple M1 Kini Menyokong Ethernet 10 Gigabit Dengan Tambahan RM400

TechnologyDigital
21 Apr 2021 • 1:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mac Mini dikembalikan pada tahun lepas dengan menggunakan cip Apple Silicon terbaru, M1. Model asas komputer ini adalah CPU dan GPU 8-teras, 16-teras Neural Engine, 8GB RAM, 256GB SSD dan Ethernet 1 Gigabit. Harga jualan adalah RM2,999 sahaja.

image is not available

Untuk sesetengah orang, port Ethernet 1 Gigabit yang menggunakan jenis sambungan RJ-45 ini tidak mencukupi. Pengguna yang memerlukan akses Internet lebih pantas akan inginkan sokongan 10 Gigabit, yang mana adalah sepuluh kali ganda lebih pantas. Semalam semasa acara Spring Reloaded, Apple secara senyap mengemaskini spesifikasi Mac Mini di laman web rasmi dengan pilihan port Ethernet 10 Gigabit. Pengguna hanya perlu tambah RM400 sahaja untuk mendapatkan sokongan ini.

Pasti yang sudah membeli tahun lepas akan rasa kesal dengan keputusan Apple ini. Sedangkan mereka boleh sahaja terus tawarkan sokongan ini sejak dari tahun lepas lagi. Apa kata anda?