Penggantungan Akaun Donald Trump Dikekalkan Lembaga Pengawasan Facebook

TechnologyDigital
5 May 2021 • 9:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lembaga Pengawasan Facebook (Facebook Oversight Board) mempunyai kuasa memutuskan sama ada sesuatu kandungan itu dibenarkan di Facebook dan Instagram. Hari ini mereka mengekalkan keputusan Facebook dan Instagram untuk menggantung akaun milik Donlad Trump selepas ia didapati melanggar terma serta syarat laman media sosial tersebut dengan menggalakkan rusuhan di Capitol Hill Januari tahun ini.

image is not available

Sungguhpun begitu Lembaga Pengawasan Facebook mendapati hukuman penggantungan selama-lamanya yang dikenakan oleh Facebook adalah tidak konsisten kerana tidak mengikut aturan biasa iaitu membuang kandungan terlebih dahulu, menggantung untuk tempoh sementara sebelum menggantung akaun selama-lamanya.

Maka Facebook diberikan masa enam bulan untuk memberikan hukuman yang setimpal ke atas akaun Donald Trump yang konsisten dengan garis panduan yang dikenakan ke atas pengguna lain platform. Lembaga juga memberikan cadangan kepada Facebook untuk diterapkan dalam pembangunan polisi yang jelas, wajar dan setimpal bagi menggalakkan keselamatan orang ramai serta menghormati kebebasan bersuara.