Baru-baru ini Realme mencuri perhatian ramai selepas memuat naik hantaran di media sosial mengenai perancangan untuk hadir dengan penjenamaan baharu buat rangkaian produk AIoT. Namun begitu, Realme mengambil pendekatan untuk terus berteka teki info lanjut mengenainya.
It started with a DREAM, which led to a DISCOVERY of new DESIGN and DEVELOPMENT, to produce something DIFFERENT. The first brand in our ecosystem.
Join us for the global launch on 25th May.#realmeTechLife #BeDifferent pic.twitter.com/JadaiHfjh4
Sehingga kini, Realme hanya mengesahkan penjenamaan ini akan bermula dengan huruf “D”. Kemudian, mereka turut menyatakan siri ini akan lebih tertumpu kepada rangkaian peranti berhubung. Bahkan, Realme juga menjanjikan sesuatu yang serba baharu dan menarik untuk pengenalannya kelak. Pada masa sama, mereka turut mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi yang inovatif untuk rangkaian produk baharu mereka ini.

Realme telah mengesahkan produk pertama di bawah siri ini bakal diumumkan pada 25 Mei ini dalam acara yang diadakan secara global. Tapi sayang, Realme langsung tidak berkongsi lanjut mengenai apakah produk yang akan dilancarkan kelak. Sama-sama kita nantikan.
