Bengkel & Kedai Makan, Ini Senarai Penuh Aktiviti Perdagangan Yang Perlu Mohon Kebenaran Menerusi KPDNHEP

31 May 2021 • 4:59 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Umum mengetahui semalam kerajaan sudah pun mengumumkan senarai sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Penuh Fasa yang akan bermula esok 1 Jun – 14 Jun 2021.

Namun agak lain dari kebiasaannya dimana sebarang permohonan surat kebenaran kini tidak lagi dilakukan menerusi laman MITI sebaliknya menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurut Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ianya berikutan surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri  (MITI) sebelum ini akan terbatal mulai esok.

Tambah beliau dari senarai yang dikeluarkan Menteri Keselamatan semalam 10 darinya termasuk stesen minyak di bawah sektor perdagangan pengedaran.

Aktiviti perdagangan yang dimaksudkan adalah :

Restoran

Kedai dobi termasuk layan diri

Kedai penjagaan haiwan atau makanan haiwan

Kedai cermin mata dan barang  optik

Kedai hardware 

Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti

E-dagang bagi semua kategori produk

Pemborongan dan Pengedaran bagi kategori produk perkhidmatan perlu sahaja.

Jadi sekiranya sektor anda tersenarai dan perlu membuat permohonan boleh la ke laman KPDNHEP di sini atau copy paste link di sini ke browser anda :  https://www.kpdnhep.gov.my 

Rujuk Senarai dan SOP penuh di bawah :

image is not available

image is not available