Samsung Dijangka Melancarkan Tiga Telefon Pintar Pada Ogos 2021 – Termasuk Galaxy Z Fold3 Dan Z Flip3

TechnologyDigital
10 May 2021 • 5:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung kini dilaporkan sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan tiga telefon pintar baharu pada penghujung Ogos 2021 ini.

Tiga telefon pintar berkenaan adalah Samsung Galaxy S21 FE, Galaxy Z Fold3, dan juga Galaxy Z Flip3.

Samsung dilihat mempercepatkan pelancaran siri ini berbanding tahun lepas. Siri FE sebelum ini diperkenalkan pada bulan Oktober, sementara peranti boleh-lipat pula sebelum ini diperkenalkan pada bulan September.

Samsung turut dilihat tidak akan memperkenalkan sebarang telefon pintar dibawah siri Galaxy Note pada tahun ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengenalan ini dalam masa beberapa bulan lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved