Ciri Play Something Netflix Untuk Peranti Mudah Alih Kini Diuji Pada Peranti Android

TechnologyDigital
29 May 2021 • 11:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerana terdapat terlalu banyak kandungan untuk ditonton, proses mencari apa yang ingin ditonton di Netflix menjadi agak sukar. Ciri Play Something diperkenalkan pada aplikasi televisyen pintar pada April yang lalu. Menurut laporan Engadget, ia kelak akan ditawarkan juga pada aplikasi telefon pintar.

image is not available

Ia kini telah mula diuji pada pengguna peranti Android secara rawak. Play Something akan menyarankan kandungan baharu secara rawak berdasarkan kandungan yang ditonton sebelum ini. Tidak diketahui sama ada ini menandakan ciri ini akan diberikan kepada semua pengguna ataupun tidak. Terdapat beberapa ciri yang diuji kemudian terus dilupakan seperti menonton video dengan peranti pada posisi menegak tiga tahun yang lalu.