Redmi Note 10S Turut Dilancarkan Dengan Helio G95, 64MP, Dan AMOLED – Model 8GB RAM Pada Harga RM899

TechnologyDigital
20 May 2021 • 8:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Untuk Redmi Note 10S pula, menurut Xiaomi Malaysia – peranti ini tidak memfokuskan kepada prestasi sepenuhnya kerana berada di bawah Redmi Note 10 5G. Sebaliknya peranti ini menawarkan ciri premium seakan Redmi Note 10 dan juga kemampuan fotografi. Ia adalah peranti yang lebih seimbang dan berada di tengah-tengah antara Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro.

Redmi Note 10S

Redmi Note 10S pula hadir dengan Skrin 6.43-inci AMOLED, tetapi terhad kepada 60Hz sahaja. Ia dijana MediaTek Helio G95 yang dipadankan dengan memori 8GB RAM serta storan dalaman 128GB UFS 2.2. Kamera belakang adalah 64+8+2+2 Megapixel dengan kamera swafoto 13 Megapixel. Untuk bateri, kapasiti 5000mAh dimuatkan dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

image is not available

Dari segi prestasi peranti ini berada di bawah Redmi Note 10 5G, tetapi skrin lebih cantik dan ia memfokuskan sedikit kepada fotografi bajet. Jika Note 10 5G menggunakan pembesar suara mono, peranti ini hadir dengan pembesar suara stereo. Peranti ini dikatakan adalah variasi di tengah-tengah antara Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro.

image is not available

Harga jualan di Malaysia adalah RM899. Ia boleh dibeli pada 21 Mei dengan pilihan warna Onyx Gray, Pebble White atau Ocean Blue. Jualan adalah di kedai fizikal Xiaomi, Shopee atau Lazada rasmi mereka – siapa yang terawal akan menerima Mi True Wireless Earbuds Basic 2 secara percuma.

image is not available