Kemaskini iPhone, iPad, Mac Dan Apple Watch Anda Hari Ini Untuk Menampal Kerentanan Sekuriti

TechnologyDigital
4 May 2021 • 9:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple telah memberikan tampalan sekuriti secara mengejut hari ini dalam bentuk iOS 14.5.1, iPadOS 14.5.1 watchOS 7.4.1, dan macOS Big Sur 11.3.1 bagi menampal kerentanan sekuriti WebKit yang boleh membuka peranti kepada serangan penggodam.

image is not available

Kerentanan yang ditemui ini membolehkan menyebabkan sekuriti peranti pengguna terjejas ketika melayari web. Bagi pengguna pelbagai peranti Apple, mereka menyarankan tampalan sekuriti dilakukan pada kadar segara bagi memastikan data peribadi mereka sentiasa selamat. Saiz muat turun ialah 133.1 MB pada iOS, 57MB pada watchOS dan 2.4GB pada macOS.