SELangkah perkenal slot janji temu untuk Saringan Komuniti

23 May 2021 • 11:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 23 MEI: Aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) mengemas kini sistem pendaftaran program Saringan Komuniti dengan setiap peserta diberikan slot janji temu.

Menerusi perkongsian di Facebook, SELangkah memaklumkan langkah itu bagi memastikan kehadiran peserta diurus dengan lebih baik selain mengurangkan kesesakan di lokasi saringan.

“Daftar di aplikasi SELangkah dan semak sekali lagi 15 minit kemudian untuk melihat waktu kehadiran yang telah ditetapkan.

“Jika anda tidak dapat hadir mengikut waktu janji temu, sila sertai program saringan yang lain. Secara alternatif, hubungi kami di Telegram (t.me/Selangkah_my) untuk mengubah janji temu,” katanya.

SELangkah diperkenalkan pada 4 Mei tahun lalu bagi menjejak jangkitan virus di premis perniagaan atau pejabat selain memudahkan pengesanan kontak.

Ia terus diperkemas dengan orang ramai yang mahu menjalani saringan Covid-19 secara percuma anjuran Kerajaan Selangor perlu mendaftar melalui aplikasi berkenaan.

The post SELangkah perkenal slot janji temu untuk Saringan Komuniti appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved