Realme C25s Dengan Cip MediaTek Helio G85 Turut Dilancarkan – Berharga RM699

TechnologyDigital
27 May 2021 • 12:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bukan satu tetapi dua telefon terkini Realme yang diperkenalkan dalam acara pelancaran, sebentar tadi. Melaluinya, Realme C25s telah dilancarkan secara rasmi. Menurut Realme, ia merupakan antara peranti terawal dalam siri Realme-C yang dilengkapi sokongan sensor utama 48-Megapixel dan Realme UI 2.0.

image is not available

Bagi yang berminat, Realme C25s dijual pada harga RM699 untuk seunit. Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih seperti Water Blue dan Water Grey. Realme mengatakan peranti ini akan ditawarkan menerusi syarikat-syarikat telekomunikasi ketika suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

image is not available

Untuk spesifikasi penuh, Realme C25s dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci LCD dengan resolusi HD+. Ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Helio G85, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

image is not available

Tetapan kamera terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (B&W) + 2-Megapixel (Makro). Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk – pengimbas cap jari fizikal, Android 11, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan lain-lain.