Kakitangan, pelajar SEMESTA Raub diminta jalani ujian saringan

22 May 2021 • 2:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUANTAN - Semua kakitangan, ahli keluarga dan pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub diminta tampil menjalani ujian saringan Covid-19 dalam kadar segera.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang menerusi kenyataan menjelaskan, pihaknya telah mengenal pasti terdapat penularan yang berpunca dari SEMESTA berdasarkan penilaian yang dilaksanakan.

"Semua pelajar dan kakitangan SEMESTA Raub dan ahli keluarga dimohon untuk tampil menjalani ujian saringan Covid-19 secepat mungkin," katanya.

Sehubungan itu, individu terlibat perlu mengikuti langkah-langkah dengan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk janji temu bagi ujian saringan.

Jelasnya, mereka juga perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu saringan.

"Kerjasama daripada mereka yang terlibat amat diperlukan demi keselamatan warga Pahang," demikian menurut kenyataan itu pada Sabtu.