Atlet Sukma Selangor jalani latihan selepas tamat PKP

7 May 2021 • 10:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 7 MEI: Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor bercadang mengadakan latihan berpusat untuk atlet selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Pengarah eksekutifnya berkata atlet Sukan Malaysia (Sukma) akan menginap di lokasi berasingan mengikut jenis sukan serta menjalani latihan secara kuarantin.

“Atlet dan jurulatih perlu menjalani saringan Covid-19 sebelum memulakan latihan berpusat termasuk tidak dibenarkan keluar sepanjang tempoh latihan.

“Mengikut perancangan asal latihan berpusat bermula selepas hari raya malah sudah mengenal pasti lokasi sesuai, namun terpaksa ditunda,” kata Mohamad Nizam Marjugi kepada SelangorKini semalam.

Beliau berkata susulan pelaksanaan PKP, atlet sukan individu menjalani latihan di kediaman manakala latihan sukan berkumpulan tertakluk tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

Enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dikenakan PKP mulai hari hingga 17 Mei.

Sementara Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor kekal dikenakan PKP Bersyarat.

The post Atlet Sukma Selangor jalani latihan selepas tamat PKP appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved