Langgar SOP, Siti Nurhaliza, suami dikompuan RM10,000

27 May 2021 • 1:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 27 MEI: Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar tatacara operasi piawai (SOP) dalam majlis tahnik anaknya, awal Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, suami penyanyi terkenal tanah air itu, turut dikompuan pada kadar sama, lapor Berita Harian.

Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal pula dikompaun RM2,000.

The post Langgar SOP, Siti Nurhaliza, suami dikompuan RM10,000 appeared first on Selangorkini.