Rupanya Eina, suami kategori golongan berisiko tinggi, bukan potong barisan suntik vaksin

Entertainment
27 May 2021 • 3:50 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BARU-BARU ini tular di media sosial seorang selebriti dan suami didakwa memotong barisan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh itu adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Hospital, Dr Abdul Malek Osman dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada selebriti popular, Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah adalah berdasarkan rujukan doktor pakar yang telah merawat mereka atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi.

image is not available

“Tiada isu potong barisan dalam pemberian suntikan vaksin. Pasangan berkenaan dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan golongan berisiko tinggi.

“Pasangan ini juga telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di sini pada 25 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Dr Abdul Malek turut menggalakkan orang ramai membuat pendaftaran penerimaan suntikan vaksin melalui saluran telah ditetapkan bagi perlindungan diri berdepan penularan Covid-19.

image is not available

Terdahulu, nama Eina tular di media sosial apabila didakwa memotong giliran pengambilan vaksin di salah sebuah hospital di Ipoh, Perak.

Baca juga “Tiada niat menghina, cetus perbalahan.” Ryzal DurianKimchi mohon maaf isu gurauan pakaian tradisional Iban

Perkara itu tular apabila seorang pengguna Twitter @wanieannas memuat naik gambar pasangan tersebut memegang kad bertulis ‘Saya Telah Divaksin’, namun sudah dipadam.

Dakwaan itu juga menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan warganet yang mempertikai kelayakan Eina mendapatkan vaksin di hospital, walhal orang ramai di stadium terlibat.

The post Rupanya Eina, suami kategori golongan berisiko tinggi, bukan potong barisan suntik vaksin appeared first on .