Twitter Menguji Tip Jar Bagi Memudahkan Pemberian Wang Antara Pengguna

TechnologyDigital
7 May 2021 • 8:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Platform media sosial kini boleh dijadikan tempat untuk menjana pendapatan. Selebriti media sosial akan memuat naik status yang positif mengenai produk dengan sedikit bayaran. Di Twitter pula ciapan berbayar telah menjadi norma hidup sejak sedekad lalu. Hari ini Twitter telah memulakan ujian Tip Jar bagi membolehkan sesiapa sahaja memberikan wang kepada akaun yang diminati.

image is not available

Pada akaun-akaun terpilih, terdapat ikon Tip Jar berbentuk wang pada profil mereka. Platform pembayaran atas talian yang disokong ialah Bandcamp, Cashapp, Patreon, Paypal dan Venmo sahaja pada waktu ini. Bagi mereka yang tidak mahu menerima wang, Tip Jar boleh dinyahaktifkan menerusi skrin tetapan.

Tip Jar hanya diberikan kepada sebahagian pengguna aplikasi Android dan iOS pada waktu ini dengan perancangan mengaktifkannya kepada semua di masa hadapan.