Rekaan Panel Hadapan Redmi Note 8 2021 Mula Diperlihatkan

TechnologyDigital
22 May 2021 • 9:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi sebelum ini mengesahkan bakal hadir dengan penawaran model Redmi Note 8 2021 tidak lama lagi. Meskipun masih berteka-teki mengenai tarikh pelancaran rasminya. Namun begitu, jenama ini dilihat mula mengacah lebih lanjut mengenai rekaan pada peranti pintar terlebih dahulu.

image is not available

Melaluinya, panel hadapan untuk Redmi Note 8 2021 telah mula dikongsi. Ia menunjukkan peranti pintar ini masih membawakan DNA yang menyerupai generasi sebelumnya. Di mana, skrin dengan rekaan bertakuk bersama bezel bawah yang menempatkan penjenamaan “Redmi”. Imej dikongsi turut memberi bayangan ianya bakal hadir dalam kemasan bewarna biru. Tetapi, pastinya ia akan disertakan beberapa lagi pilihan lain yang lebih menarik.

image is not available
Redmi Note 8 (2019)

Buat masa ini, Xiaomi masih belum berkongsi rekaan untuk panel belakangnya. Tetapi, ia berkemungkinan besar turut menampilkan reka bentuk belakang yang sama seperti versi standard. Akan tetapi, ia masih satu spekulasi awal sahaja.

Sehingga kini, masih tidak diketahui bilakah Xiaomi akan melancarkannya secara rasmi. Tetapi apa yang pasti, lebih banyak informasi berkaitan peranti pintar ini yang akan dikongsi dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved