Khairy – Pemberian Vaksin Secara Pandu Lalu Akan Ditawarkan Di Malaysia

WorldTechnologyDigitalSpace
30 May 2021 • 2:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Malaysia sedang berjalan lancar, jumlah suntikan harian akan dipertingkatkan lagi menerusi pengenalan pemberian secara pandu lalu. Dalam sidang media beliau hari ini, Khairy Jamaludin mengatakan sistem pemberian ini akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

image is not available

Terlebih dahulu ia telah diuji di PPV USM Kubang Kerian dan kini SOP lengkap bagaimana ia akan dilakukan di Malaysia sedang dirangka dan dijangka diumumkan esok. Antara faktor yang perlu diambil kira ialah jumlah penerima, parkir dan bagaimana tempoh pemantauan pasca suntikan akan dilakukan.

Khairy turut menambah walaupun PPV pandau lalu ini adalah idea yang baik, ianya lebih perlahan dengan jumlah suntikan harian yang lebih rendah berbanding sistem yang digunakan sekarang. Pemberian vaksin secara panda lalu telahpun digunapakai di Rwanda, Indonesia dan Amerika Syarikat.