Netflix Sedang Pertimbang Untuk Memperluaskan Penawaran Ke Permainan Video

TechnologyDigital
21 May 2021 • 11:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Netflix kini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan penawaran ke permainan video – sekaligus hadir dengan penawaran melangkaui kandungan video.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan memberikan Netflix beberapa kelainan berbanding sejumlah penyedia perkhidmatan penstriman video pada hari ini.

Untuk makluman, sebelum ini, Netflix sedia hadir dengan penawaran permainan Stranger Things. Memandangkan Netflix sedia mempunyai sejumlah penerbitan filem sendiri – maka ia akan membolehkan Netflix memperluaskannya dan mengubahnya dalam bentuk permainan dengan lebih mudah.

Melalui perbincangan awal, ia diperkatakan Netflix mungkin mengabungkan penawaran permainan seumpama langganan Apple Arcade – iaitu satu langganan untuk pelbagai permainan video.

Perancangan ini juga dikatakan masih pada peringkat awal – termasuk berkenaan sama ada melesenkan permainan daripada penerbit sedia ada, atau membangunkannya sendiri.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan apakah perancangan Netflix dalam mempelbagaikan penawaran dan meneruskan dominasi mereka dalam arena kandungan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved