Sempat Tolong Ambil Wudhuk, Anak Redha Bapa Positif Covid-19 Dijemput Ilahi

24 May 2021 • 5:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Sangat meruntun jiwa seorang anak yang juga merupakan doktor perubatan apabila dia terpaksa merasai kehilangan ayahnya sendiri akibat Covid-19.

Merawat ayah sendiri

Menerusi posting di Instagram, seorang wanita bernama Nor Sakinah berkongsi video memperlihatkan ayahnya yang sempat berwudhuk sebelum dimasukkan ke wad ICU. Sakinah dipercayai telah merawat ayahnya itu sehinggalah disahkan meninggal dunia selepas beberapa hari menerima rawatan di wad ICU.

Wanita yang bertugas sebagai doktor di hospital tersebut merupakan salah seorang daripada anak yang sempat menguruskan bapanya sebelum dia pergi buat selamanya disebabkan oleh jangkitan Covid-19.

Mula mendapat simptom sejak hujung Ramadan

Menurut Nor, dia menceritakan bahawa bapanya mula mendapat simptom pada hujung Ramadan lalu.  Semenjak dari itu, bapanya yang bernama Haji Kamarul Bahrin itu mula menjalani kuarantin dan tidak berjumpa dengan sesiapa pun.

Tambahnya, hasil ujian swab mendapati bapa kepada 8 orang anak itu positif Covid-19 dan terus dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dipindahkan ke ICU kerana kesihatan merosot

Namun begitu, bapanya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 21 Mei lalu oleh kerana kesihatannya yang semakin merosot.

Lebih memilukan, bapanya yang berusia 63 tahun itu sempat meminta tolong Nor Sakinah yang bertugas sebagai doktor untuk membantunya mengambil wudhuk sebelum dimasukkan ke dalam ICU.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Sakinah (@sakinah_kb)

Meninggal sehari selepas masuk ICU

View this post on Instagram

A post shared by Nur Sakinah (@sakinah_kb)

Difahamkan, arwah bapanya telah  meninggal dunia pada 22 Mei lalu iaitu sehari selepas dimasukkan ke dalam ICU.

Meninjau ke ruangan komen posting berkenaan, rata-rata netizen turut berasa sebak dan mengucapkan takziah kepada keluarga doktor tersebut. 

Bahkan, ramai juga yang terkesan dengan pemergian arwah yang dikatakan sangat baik dan tidak pernah lokek dengan senyumannya itu.

Source:

IG