Kes baharu Covid-19 turun bawah angka 3,000, Selangor masih tertinggi

1 May 2021 • 3:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 1 MEI: Kes positif baharu Covid-19 turun di bawah angka 3,000 apabila sebanyak 2,881 kes direkodkan hari ini berbanding 3,788 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 411,514.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya berkata daripada jumlah itu Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 759 kes diikuti Sarawak (445) dan Kelantan (442).

Ia kemudian diikuti Kuala Lumpur merekodkan 315 kes; Johor (310) Pulau Pinang (250); Kedah (111); Negeri Sembilan (89); Perak (64); Sabah (64); Melaka (54) serta Pahang (47).

Pada masa sama, Terengganu mencatatkan 42 kes, manakala Putrajaya dan Labuan masing-masing merekodkan tiga kes sementara Perlis tiada kes.

image is not available

 

image is not available

The post Kes baharu Covid-19 turun bawah angka 3,000, Selangor masih tertinggi appeared first on Selangorkini.