Wanita buat hantaran ugut rempuh polis di sekatan jalan ditahan

7 May 2021 • 12:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PUTRAJAYA, 7 MEI: Polis menahan seorang wanita yang disyaki memuat naik hantaran mengandungi perkataan kesat dan berunsur ugutan terhadap pihak polis yang bertugas di sekatan jalan raya, menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata wanita berusia 36 tahun itu ditahan malam tadi susulan satu laporan polis yang dibuat terhadap pemilik akaun Facebook ‘Diana Mat’.

Siasatan awal mendapati beberapa tangkap layar hantaran menerusi akaun itu yang mengandungi kata-kata kesat dan berunsur ugutan terhadap polis, tular melalui media sosial, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fadzil berkata kes disiasat menurut Seksyen 507 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

-BERNAMA

The post Wanita buat hantaran ugut rempuh polis di sekatan jalan ditahan appeared first on Selangorkini.