Enam wanita terima watikah pelantikan ketua kampung

7 May 2021 • 9:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SABAK BERNAM, 7 MEI: Seramai 79 individu termasuk enam wanita menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) daerah Sabak Bernam.

Majlis penyampaian watikah disempurnakan EXCO Pembangunan Luar Bandar, Borhan Aman Shah di Dewan Seri Sekinchan hari ini.

Borhan berkata pengerusi MPKK yang juga ketua kampung melalui proses penilaian ketat termasuk temu duga sebelum terpilih menggalas peranan tersebut.

“Saya menggariskan perkara penting sebagai pengerusi MPKK iaitu sentiasa berpakaian kemas, kemahiran pengucapan awam serta mampu mentadbir dengan baik,” katanya berucap pada majlis tersebut.

Beliau turut bersedia mencadangkan kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari untuk menaikkan elaun bulanan pengerusi MPKK berjumlah RM1,200 kepada RM1,500 sekiranya melaksanakan tugas dengan berkesan.

“Kerajaan Negeri ada kemampuan untuk menaikkan elaun pengerusi MPKK, kita juga ada sediakan Skim Insurans Berkelompok.

“Malah sejumlah RM1,000 diberikan kepada pemimpin masyarakat negeri ini melalui Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Terdahulu Borhan turut menyampaikan bantuan sejumlah RM325,000 sumbangan
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) kepada lima masjid di daerah Sabak Bernam.

The post Enam wanita terima watikah pelantikan ketua kampung appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved