YouTube Menguji Ciri Mengalih Bahasa Tajuk Dan Deskripsi Video Secara Automatik

TechnologyDigital
6 May 2021 • 10:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudah menjadi kelaziman ciri Google Translate diaktifkan di pelayar web apabila pergi laman yang tidak dalam bahasa yang difahami. Kami sendiri menggunakannya dengan kerap menggunakan ciri ini apabila mencari maklumat lengkap peranti yang hanya dilancarkan di China terlebih dahulu. Langkah seterusnya pada pendapat Google ialah memperkenalkan ciri yang sama di YouTube.

image is not available

Menurut laporan AndroidPolice, YouTube mula melakukan ujian mengubah tajuk video ke bahasa yang dipilih sebagai bahasa utama pengguna. Pada waktu ini ia menyokong mengalih bahasa tajuk dari Inggeris ke Portugis, Sepanyol dan Turki. Turut diubah ialah deskripsi video serta pemilihan kapsyen terus ke bahasa pilihan utama secara automatik.

image is not available

Bagi mengelakkan kekeliruan tajuk asal, ikon Translate diletakkan di hadapan tajuk dan sebuah lagi ikon untuk mendengar sebutan dalam bahasa asal turut dipaparkan. Pada waktu ini ciri sedang diuji pada YouTube versi laman web dan aplikasi.