Lonjakan hampir 1,000 kes Covid-19, angka lepasi 4,000

7 May 2021 • 4:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 7 MEI: Sebanyak 4,498 kes baharu Covid-19 dicatat hari ini, melonjak hampir 1,000 kes berbanding semalam 3,551 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kini 432,425.

“Selangor catat kes baharu tertinggi iaitu 1,424, diikuti Sarawak 750 dan Kuala Lumpur 436 kes,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 22 lagi kematian direkod.

 

image is not available

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post Lonjakan hampir 1,000 kes Covid-19, angka lepasi 4,000 appeared first on Selangorkini.