Monitor Philips B1D5000 Hadir Dengan Skrin Sekunder E-Ink

TechnologyDigital
17 May 2021 • 4:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Skrin sekunder pada telefon pintar pertama kali muncul tiga tahun lalu dan kini di China peranti e-ink berwarna turut telah dipasarkan. Skrin e-ink digunakan kerana ia menjimatkan penggunaan bateri kerana hanya perlu disegar semula sekali. Tetapi di Philips, mereka merasakan monitor komputer dengan skrin e-ink.

image is not available

Skrin Philips B1D5000 terdiri daripada sebuah skrin LCD biasa dengan sebuah skrin sekunder e-ink menegak. Skrin boleh dilaraskan secara berasingan untuk keselesaan pengguna. Monitor ini menyasarkan penggunaan di pejabat. Rekaan hilips B1D5000 telah diberikan pingat emas dalam anugerah IF Design Award. Buat masa ini harga jualan monitor berkembar dengan skrin e-ink ini masih lagi belum diketahui.