Rekaan Dan Spesifikasi Sony Xperia Ace II Tertiris – Kembalinya Era Peranti Padat?

TechnologyDigital
18 May 2021 • 4:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di zaman peranti-peranti kebanyakannya hadir dengan saiz paparan sekurang-kurangnya 6 inci, Sony nampaknya salah satu daripada segelintir pembuat peranti yang masih lagi berdegil dengan peranti-peranti yang mempunyai rekaan yang padat.

Melalui beberapa tirisan rekaan dan spesifikasi di internet, Sony dilihat bakal memperkenalkan sebuah peranti yang dinamakan Sony Xperia Ace II. Sejumlah butiran peranti ini diperlihatkan melalui konsol Google Play yang memperlihatkan spesifikasi peranti-peranti Android.

image is not available

Xperia Ace II ini dikatakan akan hadir dengan paparan bersaiz 5.5 inci dengan resolusi 1496×720 dengan nisbah aspek 2:1. Spesifikasi dalaman peranti ini juga diperlihatkan, dimana ia akan dikuasakan CPU MediaTek Helio P35, sebuah cip pemprosesan kelas pertengahan, memori sebanyak 4GB.

image is not available

Spesifikasi khusus kamera peranti Xperia Ace II ini tidak diketahui, tetapi daripada apa yang boleh dilihat, ia hadir dengan sistem dwi-kamera dan sebuah flash.

Setakat ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah Sony akan melancarkan peranti pintar ini, tetapi berdasarkan tarikh pelancaran peranti mereka yang lain seperti Sony Xperia 1 III dan Xperia 10 III yang hanya akan hadir sekitar Julai tahun ini, ia mungkin tidak akan diperlihatkan untuk beberapa bulan lagi.

View Original Article