Pesaing Galaxy Z Flip Daripada Oppo Akan Menyasarkan Pengguna Wanita

TechnologyDigital
6 May 2021 • 6:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo dijangka akan melancarkan beberapa variasi peranti dengan skrin boleh-lipat mereka pada tahun ini. Antaranya adalah pesaing kepada Samsung Galaxy Z Flip, iaitu peranti skrin boleh-lipat jenis clamshell. Butiran peranti ini masih misteri, tetapi baru-baru ini terdapat informasi menarik telah didedahkan.

image is not available

Menurut peniris dari China, peranti Oppo ini akan menyasarkan kepada pengguna wanita. Apabila peranti ini dibuka ia akan mempunyai skrin sebesar 7-inci dan apabila ditutup akan mempunyai skrin 2-inci. Teknologi skrin dikatakan akan menggunakan panel LTPO, bermakna akan ada sokongan kadar segar semula adaptif. Disebabkan ia memfokuskan kepada pengguna wanita, kita boleh jangka yang kamera akan menjadi fokus utama.

image is not available

Mungkin akan ada sokongan alat solek maya, atau penuras alat solek seakan Vivo X60. Mungkin juga kamera swafoto berkualiti tinggi. Memandangkan harga pelancaran peranti seperti Mi MIX Fold boleh dikatakan murah, berbanding harga pelancaran pesaing – peranti Oppo mungkin juga akan menjadi antara yang terawal mampu milik.

Sama-sama kita nantikan.