Trending di Twitter, Iman Troye nyahaktif akaun selepas dikecam

Entertainment
25 May 2021 • 4:35 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SEJAK semalam, nama penyanyi baharu, Iman Troye trending di Twitter selepas memuat naik satu ciapan berbaur sindirian pada Ahad.

Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Shahabudin telah menulis satu kenyataan sinis mengenai angka kes jangkitan harian Covid-19 yang semakin meningkat.

“Happy 6.9K everyone. Congratulations. (Selamat 6,900 semua. Tahniah.) Harap esok dapat 7,000,” tulisnya.

Bagaimanapun ciapan Iman itu telah mengundang kecaman ramai, kerana dia dilihat tidak sensitif di saat kes yang semakin meningkat dan perjuangan barisan hadapan bergelut dalam menyelamatkan nyawa ramai pesakit Covid-19.

Dek ciapan dan kecaman itu, nama Iman Troye kekal trending di tangga pertama di Twitter sehingga petang ini. Lebih-lebih lagi apabila kes baharu Covid-19 mencatatkan jumlah 7,289.

image is not available
@farahhamiraa : “Mana Iman Troye? Bangga tak?

@nnkimj : “This is why people say, think before you post anything. now cases dah 7k. dari niat nak “gurau” now it turns to “reality”. Iman Troye, please be careful Raised back of hand

Mungkin tidak tahan dengan kecaman bertalu-talu oleh pengguna Twitter yang lainnya, penyanyi yang popular menerusi lagu Teman itu memilih untuk menutup akaun Twitternya.

Sehingga kini, Iman tidak memberi sebarang kenyataan berhubung tindakannya itu.

The post Trending di Twitter, Iman Troye nyahaktif akaun selepas dikecam appeared first on .