China Berjaya Mendaratkan Prob Di Planet Marikh

WorldTechnologyDigitalSpace
15 May 2021 • 1:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Eksplorasi angkasa telah menjadi salah satu topik yang popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Terbaru, China dilihat telah pun berjaya mendaratkan prob mereka di planet Marikh – sekaligus memperlihatkan satu lagi pihak dalam fasa melakukan eksplorasi di planet berkenaan.

Dengan pendaratan oleh pihak China ini, ia menjadikannya yang kedua berjaya mendaratkan prob – selepas NASA. NASA pada hari ini sedia mempunyai sebuah robot yang berjalan mengelilingi planet berkenaan dalam menyemak permukaan, dan membuat beberapa kajian.

Pendaratan prob oleh China ini merupakan langkah yang amat penting dalam misi angkasa China. Prob ini dijangka akan melakukan pemantauan dan mengelilingi planet berkenaan dalam mencari pelbagai maklumat permukaan planet berkenaan. Prob ini akan mempelajari planet berkenaan untuk tempoh sekitar selama tiga bulan – atau 90 hari Marikh.

Dengan kejayaan ini, kita mungkin melihat lebih banyak misi ke Marikh dilancarkan pelbagai pihak selepas ini. Disamping itu, China turut menyasarkan untuk mencapai planet Musytari menjelang tahun 2030-an.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved