MB, ketua menteri tidak dijemput mesyuarat PKP esok

20 May 2021 • 8:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 20 MEI: Dato’ Menteri Besar mengesahkan tidak terbabit dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok di Putrajaya.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau telah mengesahkan kehadiran dalam mesyuarat yang dijangka berhubung pelaksanaan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

“Saya telah mengesahkan kehadiran semalam seperti yang diminta namun petang ini saya dimaklumkan mesyuarat MKN esok tidak akan melibatkan Menteri Besar dan Ketua Menteri seperti sebelum ini,” katanya menerusi Twitter.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan mesyuarat MKN esok di Putrajaya bagi membincangkan pelaksanaan PKP secara menyeluruh di seluruh negara.

Semalam, Amirudin menegaskan Kerajaan Selangor tidak menolak arahan PKP penuh namun meminta pertimbangan menyeluruh termasuk kesihatan mental dan kehilangan pendapatan.

Menurutnya, nyawa rakyat sentiasa menjadi keutamaan berbanding penjanaan ekonomi tetapi PKP harus diiringi pelbagai aspek lain termasuk pendidikan dan kesihatan mental.

The post MB, ketua menteri tidak dijemput mesyuarat PKP esok appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved