Pertama kali Petaling rekod lebih 1,000 kes Covid-19

25 May 2021 • 11:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 25 MEI: Selangor merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi dengan 2,642 kes hari ini, seminggu selepas mencatat angka tertinggi iaitu 2,252 kes pada 19 Mei.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 2,625 kes merupakan jangkitan dalam komuniti, manakala selebihnya jangkitan dalam penjara.

Menerusi perkongsian di Facebook, agensi berkata pertama kali daerah Petaling merekod kes Covid-19 empat angka iaitu 1,036 kes.

Manakala lima lagi daerah mencatat tiga angka iaitu Hulu Langat (578) diikuti Gombak (278), Klang (275), Kuala Selangor (144) dan Sepang (142).

Daerah lain yang merekodkan bilangan bawah 100 kes ialah Kuala Langat (94), Hulu Selangor (60) dan Sabak Bernam (35).

image is not available

The post Pertama kali Petaling rekod lebih 1,000 kes Covid-19 appeared first on Selangorkini.