Gadis Minta Tinggal Barang Di Rumah, Rider Guna Nama ‘Rak Kasut’ Sebagai Penerima

25 May 2021 • 7:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Semenjak tercetusnya penularan wabak Covid-19, ramai lebih memilih untuk kekal berada di dalam rumah untuk mengelak daripada terdedah dengan penyakit berjangkit itu. Pekerjaan dan juga pembelajaran juga kebanyakan dijalankan menerusi kaedah Bekerja Dari Rumah (BDR) dan juga Open Distance Learning (ODL).

Pada masa yang sama, pembelian atas talian juga makin kerap diamalkan. Antara barisan hadapan yang paling banyak membantu memudahkan kehidupan seharian adalah rider. Mereka ini kebiasaannya sangat komited menjalankan tugas dalam memastikan barang pesanan sampai ke tangan pelanggan dengan cepat dan selamat.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang gadis mengenai status penerima barang yang dipesan menggunakan nama ‘rak kasut’.

image is not available
Foto: Angel LSS

Menerusi kisah yang diceritakan sendiri oleh gadis dikenali sebagai Angel Lss di grup Facebook ‘Shopee Exchange Group’, pada awalnya dia telah menerima sebuah pesanan ringkas melalui WhatsApp daripada seorang rider yang hendak ke rumahnya untuk menghantar barang. Tetapi sewaktu itu dia sedang menghadiri sesi pembelajaran.

Dia kemudian meminta rider untuk untuk meninggalkan barang itu di mana-mana tempat di rumahnya.

image is not available
Foto: Angel LSS

Selepas selesai sesi pembelajaran, Angel memeriksa status penghantaran barangnya sebelum mendapati tandatangan ‘rak kasut’ telah ditinggalkan oleh rider itu menandakan ia sebagai penerima.

image is not available
Foto: Angel LSS

image is not available
Foto: Angel LSS

Perkongsian menghiburkan itu kemudiannya mendapat hampir 1 ribu kali ulang kongsi dan 1.8 ribu tanda suka.

Seperti yang dipetik World of Buzz, Angel berkata reaksi positif orang ramai dan posting tersebut yang tular telah disambut gembira oleh rider itu.

Source:

FB