Khairy jalani perintah kuarantin di rumah

LocalPolitics
17 May 2021 • 5:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) terhadap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Perkara itu dimaklumkan Khairy menerusi ciapannya di Twitter pada Isnin.

"Setelah dikenalpasti kontak rapat kepada kes positif Covid-19, perintah HSO selama 10 hari telah dikeluarkan oleh KKM," katanya.

Menurutnya, saringan ujian RT-PCR menunjukkan beliau negatif Covid-19.

"Saya akan 'update' (kemas kini) mengenai penyertaan saya sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hujung minggu ini sekiranya ada sebarang perubahan," katanya.

Khairy memaklumkan beliau dipakaikan gelang pink dan sedang menjalani kuarantin di rumah berikutan menjadi salah seorang kontak rapat.

Justeru, sidang akhbar mingguan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) diadakan secara maya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada sidang itu mencelah, sekiranya Khairy didapati positif beliau juga akan terkena 'tempias'.

"Kalau positif, saya pun kena," katanya.

Have been issued an HSO to self-isolate for 10 days after being categorised as a ‘close contact’ by @KKMPutrajaya. Did a PCR test and result just came back negative. Will update if status changes since I volunteered at PPV WTCKL over the weekend.

May 17, 2021

Have been issued an HSO to self-isolate for 10 days after being categorised as a ‘close contact’ by @KKMPutrajaya. Did a PCR test and result just came back negative. Will update if status changes since I volunteered at PPV WTCKL over the weekend.

May 17, 2021